Saturday, 3 May 2014

Have You Ready, Sayang?

Kehidupan ini tidak seperti apa yang kita jangkakan

Bangun pagi, gosok gigi dan terus persiapan untuk pergi ke kolej. Setiap pagi begitulah rutin saya saya sehari – hari. Apa sebenarnya matlamat hidupku. Apa yang saya inginkan apabila sudah tamat belajar? Soalan ini acap kali menerjah ke dalam kotak fikiranku. Kadangkala, terasa bosan pula hidup begini. Kadangkala, terasa sibuk dan tertekan menjalani kehidupan begini. Iya lah, tiap kali habis kelas, aku perlu menelaah pelajaran kerana pelajaran yang aku tempuhi ini tidak sama dengan yang pernah aku tempuhi sebelum ini. Berani mati untuk aku kerana ambil kursus yang tidak pernah aku pelajari. Ekonomi. Budak yang selama ini belajar Sains, tetiba ambil kursus Ekonomi pula. Gila betul lah.

“Isha, mana kau? Aku hendak memberitahu sesuatu ni. Isha!!! Ooohhhh Ishaaa…”jeritnya. “Ishh, mana pula lah dia pergi. Nak kata ada kelas, memang tipu lah. Sebabnya, aku ini sekelas dengan dia. Dia tadi keluar kelas dengan aku, tup tup, hilang terus” getus Mika tatkala mencari temannya yang tiada dalam biliknya. Sudah di telefon, namun, tidak diangkatnya. Nak cakap Isha pergi ke Perpustakaan Tengku Rahimah (PTR), Isha mana pernah menjejakkan kakinya ke PTR itu. Habis tu, kemana pula dia ini pergi. 20 minit, 30 minit, 45 minit dan sejam sudah si Mika menunggu si Isha dalam biliknya. Untuk pengetahuan, Mika dan Isha merupakan teman sebilik selain mereka yang sudah jelas teman sekelas. Sebab itu lah, Mika boleh menunggu Isha di dalam biliknya.

**********
Maaf kak, di sini tiada jawatan kosong.
Maaf cik Isha, kami tidak dapat menolong anda.
Maaf dik, kelulusan adik tidak dapat digunakan di syarikat ini.

Ayat – ayat inilah yang sentiasa diterima Isha tatkala dia memohon pekerjaan di tempat – tempat yang ditujunya. Sampaikan dia merasakan rimas atau tidak suka mendengar perkataan ‘maaf’ dek terlalu sangan dia mendengar perkataan tersebut. Lalu, Isha mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam kursus yang dikehendakinya, kursus yang menawarkan banyak peluang pekerjaan.

“Hei!” sergah Malik. “Apa yang dimenungkan itu? Memikirkan tarikh perkahwinan ke? Maklumlah, dia kan sudah bertunang” sindirnya sambil menyergah Isha yang duduk di taman bunga yang terletak di tengah – tengah kawasan kolej. Taman bunga ini sangat cantik dengan bunga – bunga yang sentiasa silih berganti kembangnya. Di taman ini juga popular bagi pasangan kekasih untuk saling berbual, mahasiswa yang ingin menelaah pelajaran sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan dan ada juga para jurugambar yang menunjukkan kebolehannya mengambil gambar dengan mengambil gambar di taman ini. Selain itu, taman bunga ini begitu sinonim kepada pengantin baru sebagai kawasan untuk mengambil gambar kenangan.

Terkejut Isha dengan sergahan Malik. Sudah lali Isha dengan sindiran Malik tadi kerana dia memang selalu menyindirnya begitu. Hampir tiap kali bertemu dengan Isha, itu saja ayat sindirannya. Apa tiada ayat lain kah?. “Takde lah… Tengah memikirkan pekerjaan apa yang bakal aku tempuhi apabila selesai belajar nanti. Maklum saja lah, fobia kerana kes dahulu. Belajar bagai nak ‘rak’, tapi kerja satu habuk pun tidak dapat.” Perbincangan luahan hati diteruskan di meja cafĂ© universiti yang berdekatan. Habis semuanya Isha luahkan kepada Malik. Malik lah teman luahannya kerana dia sangat memahami. Soul-mate lah katakan. Kalau diluahkan kepada Mika, ada saja yang dibangkangnya. Memang menyakitkan hati juga lah.

**********
“Puas aku tunggu kau, tau tak? Dah terbuang dah waktu tidur aku ini. Bla bla bla.” Masuk sahaja di bilik 207 ini, memang sekali lagi lah kena dengar bebelan dari Mika Tania. Gadis kacukan Belanda Melayu. Tak padan dengan wajahnya yang cantik, tapi bila bercakap, tak ‘reti’ nak berhenti. Siap 10 minit menelan, mendengar dan menyerap segala bebelan Mika, Isha terus mengambil tualanya, mandi untuk menghilangkan kepenatan fikiran dan dirinya yang tak sudah. Usai menyegarkan diri, Isha terus mengambil peluang untuk menerangkan kepada Mika jalan ceritanya pada hari ini. Dikejutkan si Mika yang baru terlelap. Walaupun pada awalnya Mika agak marah kerana lenanya diganggu, namun dia tetap mendengarkan cerita Isha. Agak pelik Isha kerana baru kali ini, temannya itu tidak membangkan  cakapnya. “Ahhh, itu tak penting. Yang penting aku dapat beritahu cerita sebenar.” Fikir Isha. Syukur kawannya mengerti jalan ceritanya. “Akhirnya dia faham juga perjalanannya pada hari ini. Namun, di suatu sudut, hati Mika terasa sedikit sakit tatkala nama Malik diutarakan. Kenapa?

“Well guys, your tasks will be based on the topics that you had learned. So, I hope you can revise it and make a flying colour in your final examination. Good luck guys and class dismiss.” Itulah kata – kata terakhir daripada pensyarah Ekonomi Dunia, Luisa Rene’. Pensyarah yang didatangkan khas dari negara atas angin, England. Sebahagian dari pensyarah di Cambridge University (Malaysia) berasal dari England atau Britain kerana universiti ini merupakan cawangannya Cambridge University yang berpangkalan di England. Jadi, memang logik lah jika semua kursus di sini menggunakan bahasa perantara Bahasa Inggeris kecuali kursus Bahasa Melayu yang memang sewajibnya menggunakan bahasa ibunda kita.
Hampir tiga tahun Isha ‘menginap’ di Cambridge University ini. Dan hampir tiga tahun juga dia bekerja sambilan di syarikat percetakan yang terletak berdekatan dengan institusi pengajiannya. Bekerja sebagai ‘office girl’ memberi pengalaman baru buatnya. Syukur ke hadrat Ilahi, dia diterima disini kerana dia mengikuti pengajian Ekonomi semasa sarjananya. Kata bosnya, selepas selesai belajar, dia akan dijadikan sebagai pekerja tetap di syarikat tersebut, sebagai ‘office girl’ yang permanent. Dia nanti akan dipindahkan ke bahagian pemasaran korporat. Justeru itu, apa yang perlu Isha lakukan adalah dengan menelaah pelajaran semaksima mungkin sebagai persiapan peperiksaan akhir semesternya. Dia ingin buktikan bahawa dia boleh berjaya dan membuktikan bahawa ‘perempuan sains’ boleh juga cemerlang dalam bidang ekonomi dan bisnes.

3.96?

“Yeahhhhhh! Alhamdulillah ya Allah.”

Isha menjerit kegembiraan, syukur. Dia melonjak kerana terlalu gembira. Tidak dihiraunya akan orang sekeliling yang agak pelik melihat gelagatnya. Ada yang berbisik sinis kepadanya. Kata mereka, Isha terlalu menunjuk. Isha tidak peduli kerana apa yang dilakukannya merupakan apa perasaannya ketika itu. Pernah dahulu, zaman matrikulasi, dia menangis di tempat umum kerana kesedihannya mendapat keputusan yang kurang baik. Jadi, takkan gembira pun tak boleh nak tunjuk? Soalnya sendiri.

“Kau, berapa?” soal Mika ringkas. Riak wajahnya agak sedih ketika menanyakan soalan begitu kepada Isha. “Aku dapat 3.96. Kau pula?” Isha mengembalikan semula soalan itu kepada Mika. Tapi dia takut kalau – kalau Mika merajuk tatkala mendengar keputusan yang boleh dikatakan bagus. Ya lah, dia mudah merajuk orangnya. “Wah, bagusnya kau punya keputusan! Aku ini hanya mendapat 3.79 saja. Sedih sangat apabila melihat ‘pointer’ aku ini. Aku rasa sudah belajar bagai nak mati, tapi…. Hendak buat macam mana, sudah berlalu. Terima sajalah.” Sambungnya lagi. “Okay lah itu. At least, you got first class.” Isha berusaha menenangkan kawannya. “Jom. Kita pergi makan – makan di Midvalley. Kita makan di Restoran Seoul Forest. Teringin sangat hendak makan makanan Korea. Hihihi.”

“Isha, kau sudah memberitahu kepada tunang kau ke mengenai keputusan peperiksaan kau itu? Apa dia cakap? Kau hendak sambung kerja di tempat yang kau kerja as a part-timer sekarang ini kah? Boleh aku tanya, bila kau merancang hendah menikah, kahwin?” Berjela betul soalan Mika buat Isha. Makanan ‘jajjangmeun’ kegemarannya tidak dilupakan oleh Mika ketika mengutarakan segala persoalan tadi. ‘Janjjangmeun’ ini kelihatan seperti mee basah kicap yang terlalu pekat yang dicampur dengan hirisan cendawan butang. Di korea, kadangkala mee ini disediakan tidak halal, tetapi mereka yakin segala makanan yang disediakan di restoran yang terletak di Malaysia ini halal semuanya. Kalau sudah boleh cakap banyak ini bermaksud dia sudah tidak sedih lagi.

“Fuh! 5 km kau punya soalan. Sabar ya. Aku akan jawab satu persatu soalan dari kau itu. Aku akan jawab mengikut turutan soalan. Okay, aku sudah hendak mula menjawabnya tapi sebelum itu kau juga jangan lupa mencatatkan semuanya, kau kan ‘reporter on call’. Hehehe. Soalan pertama mempunyai jawapan, aku belum memberitahu kepada tunang aku. Kenapa? Sebabnya, entah, terlupa ‘kot’. Jadi, kau boleh mengagak kan jawapan untuk soalan kedua. Memang aku tidak tahu lah dia cakap apa sebabnya aku belum lagi memberitahunya. Sekarang, kita pergi ke soalan ketiga. Yup. Memang aku akan sambung kerja di tempat yang sedang aku bekerja sekarang ini. Walaupun gaji tidak seberapa, tapi sayang lah, kerja sudah dapat, takkan hendak dilepaskan pula. Soalan terakhir mempunyai jawapan begini, aku pun tidak tau bila sebenarnya aku hendak melangsungkan perkahwinan ini. Sebabnya, akku berniat hendak bekerja sebagai seorang bujang dalam dua tahun lagi. Entah lah. Mika, aku hendak memberitahu informasi tambahan untuk kau yang aku sayangi ini. Sebenarnya…sebenarnya, aku tidak kenal pun siapa sebenarnya tunang aku ini. Nama sahaja yang aku tahu, itu pun nama pendeknya sahaja. Tunang – tunang ini ‘parents’ aku yang uruskan. Aku, ikut sahaja. Anak mithali lah katakan.” Begitu lah semua jawapan yang dilontarkan kepada Mika. Namun, bagi jawapan atau perkataan dan ayat terakhir telah membuatkan Mika agak sedikit terkejut mendengarnya. Hampir tersedak ‘jajjangmeun’ tika mendengarnya. Fikirnya, ”patut lah selama ini aku tidak pernah melihat Isha berborak dengan tunangnya. Rupa – rupanya, tak kenal?”

**********
Assalamualaikum, Elisha. I hope you still remember me. So, how’s you exam? I know you had tried your best. Actually, I wanna ask you about us, our relationship. We had never met before, an official meting as a fiancĂ©. Can we meet? TQ
Lovely,
Kyle

Mesej dari tunangnya yang boleh tahan panjangnya. “Tak penat kah dia menaipnya?” Soal Isha sendirian. Mesej ini merupakan mesej yang kedua dari tunangnya, Kyle. Isha tidak berapa pasti nama penuhnya. Mesej pertama darinya diterima Isha hanya selepas Isha menjadi tunangan Kyle yang berbunyi ‘Terima kasih, sayang”. Terpikir juga Isha, macam mana lah dia boleh menerima lelaki yang tidak pernah dijumpainya dan macam mana lah dia boleh tunggu lelaki itu selama tiga tahun tanpa khabar berita. Pelik juga. Tetapi, hari ini, selepas dia menerima mesej dari si dia, Isha terlalu suka, senyum sendirian. Terasa bagai dilamun cinta pula tetapi cinta yang tidak pasti kerana dia masih tidak kenal orangnya. Di mana dia? Siapa dia yang sebenarnya? Apakah yang dilakukan sekarang ini? Belajarkah atau sudah bekerja atau mungkin menganggur? Dan semua soalan yang lain juga. Yang dia pasti, soalan itu hanya akan terjawab apabila dia sudah menjadi milik sah kepada Kyle kelak. Tapi, bila? Dia pun tidak tahu.

“Kejap, macam mana dia mendapat tahu saya mendapat keputusan peperiksaan akhir semester pada hari ini? Dan sebelum itu, bagaimana dia mengetahui saya sudah mengambil peperiksaan akhir , ’final exam’ ? Adakah si Kyle ini orang yang aku kenal? Atau pun, dia mempunyai mata – mata di sini untuk sentiasa memberi khabar berita mengenai aku kepadanya? Emm, biarlah. Mesej tadi harus aku jawab dahulu”. Getus hati Isha.

Walaikumsalam, Kyle. Of course I’m still remembering about you. How can I forget someone who had tied me with a ring? Well, Alhamdulillah. I’m praise to the God because He gave me a good result. I got 3.96. Hopefully, you are not disappointed with my result. What happen to our relationship? Why? Is there something wrong? BTW, have we met before, aside from the official meeting? Okay, about our meeting gonna be, I’m not really sure about that. Maybe, we can ‘kot’. >_< . And you’re welcome.
Me,
Elisha

                “Tak kurang hebatnya aku menaip mesej ini kat dia ini”, katanya sendirian. “Tetapi, bila masa dia hendak bertemu dengan saya ini dan di mana tempatnya?” Isha sendiri tidak pasti keadaannya. Dia tidak tahu asal usul bakal suaminya itu. Orangnya mana? Yang dia tahu orangnya baik, kerana sewaktu dilamar, pihak lelaki mewakilkan makcik dan pakcik si Kyle, kata ibunya. Ibunya turut mengatakan Kyle dikatakan orang yang sopan dan baik kerana makciknya mengatakan begitu. Apakah ibubapa aku tidak meragui semua ini? Kenapa bukan ibubapa Kyle yang melamarnya? Bagaimana kah Kyle kenal dengan dirinya? Dan antara persoalan terakhir, kenapa dia menaip menggunakan Bahasa Inggeris? Kembali lagi soalan – soalan ini bermain – main di dalam kotak fikirannya. Namun, jawapannya tetap tidak diketahui sekarang. Sekali lagi, Isha terpaksa menunggu semua ini. 

                ***********
Pelik! Baik sungguh bos hari ini kerana beri aku cuti. Katanya, bos bagi aku cuti kerana aku sudah lama tidak ambil cuti. Penting ke cuti itu sampai menyuruh pekerjanya untuk ambil cuti. Bos tak rugi ke kalau ada pekerjanya yang ambil cuti. Tapi, kalau aku ambil cuti nanti tak dapat lah gaji aku untuk hari ini. Tak pasal – pasal tak dapat elaun kedatangan yang mensyaratkan kedangan penuh tanpa cuti khas atau cuti sakit. Melepaslah elaun RM400 nanti. Rugi, rugi, dan memang sangat rugi. Jadi, aku mengambil keputusan untuk bercuti lah. Dah ada peluang ini. Jom kita ‘enjoy’. ‘Shopping time’.

“Aduh!” Isha terlanggar seseorang. Habis semua barang – barang yang dibelinya jatuh bertaburan. Sambil dia mengambil semula barang – barangnya, Isha cuba melihat sedikit kea rah orang yang dilanggarnya. Yang dia pasti, orangnya adalah seorang lelaki. “Malik?”. Terkejut Isha tak terkata. Lama sungguh dia tidak berjumpa dengan Malik. Sejak tamat semester pertama, terus dia tidak mendengar berita tentang Malik. Pernah juga dia cuba menelefon Malik, tapi tidak terangkat. ‘Facebook’nya juga ‘diactivate’. Mesej tidak berbalas. Hampir tiga tahun lamanya Malik menghilangkan diri dari pandangan mata Isha. Entah kenapa. Sekarang, tanpa disangka – sangka, Malik muncul lagi secara tidak sengaja.

Nando’s Chicken Restaurant menjadi saksi dimana Malik dan Isha berbual panjang setelah lama tidak berjumpa. Selama ini Malik sengaja manghindar daripada Isha. Kenapa? Persoalan itu bermain di kotak fikiran Isha. Sudah menanya dengan Malik akan jawapan kepada persoalan itu, namun jawapannya tetap mengecewakan iaitu ‘adalah’. Aku berbual rancak dengan Malik. Teman luahan hati akhirnya di depan mata. Ku ceritakan semua perjalanan sekolahku sehingga sekarang aku sudah bekerja di sebuah syarikat di ibu kota. Hati aku mengatakan Malik semakin dewasa dalam berkata – kata. Diam lebih banyak mendiamkan diri berbanding aku yang sama sahaja cerewetnya. Senyumannya tatkala melihat aku sedang berkata – kata kadangkala mencuit hati ataupun boleh dikatakan menggetarkan hati ini. Mungkinkah?

“Isha, you belum kahwin lagi kan? Actually, I wanna say something. I hendak you kahwin dengan I” kata terakhir Malik selepas hampir sejam kami berborak.


*To Be Continued ...